Hi Semua, Saya Saw Yu Heng!! (A193108 SAW YU HENG)

 

Inilah Saya!


Hi semua, Saya ialah Saw Yu Heng dari Negeri Pulau Pinang sebelah "Mainland". 🙌Rakan-rakan sekalian boleh memanggil saya Yu Heng atau Saw, sementara saya memikirkan satu nama Inggerish yang sesuai dengan saya. Ataupun rakan-rakan sekalian ada cadangan nama Inggerish yang baik juga boleh cadangkan kepada saya😂.

Kenalkan seseorang perlulah bermula daripada maklumat asas seseorang itu. Saya Yu Heng, seorang lelaki pendiam Pulau Pinang yang sedang cuba untuk menjadi seorang yang ambivert. Umur saya ialah 21 tahun. Sepanjang 21 tahun ini, saya tinggal dengan ahli keluarga yang beranggota [4] orang. Saya membesar di sebuah kampung Cina yang unggul dan damai, saya main di sana, kenalkan kawan di sana, dan belajar di sana sehingga umur 14 tahun, saya baru pindah ke kawasan yang lain. Latar belakang pelajaran🏫 saya ialah sekolah rendah di SJK(C) Kampung Valdor, sekolah menengah di SMK Valdor, serta STPM di SMK Simpang Ampat. Kini, saya bangga💫 menjadi seorang mahasiswa yang menduduki Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak tahun 2022.💕

Untuk mengenali seseorang dengan lebih lanjut, hobi serta minatnya perlu diketahui juga!! Saya seorang yang suka berjoging🏃. Dulu, saya setiap minggu akan tabah menghabiskan 18km kecuali ada hal lain. Selain itu, saya juga sentiasa mencabar rekod sendiri dengan kelajuan yang lebih pantas. Bagi saya, joging bukan sahaja dapat menyihatkan badan saya, tetapi juga dapat mengurangkan tekanan saya. Walau bagaimanapun, hadiah terbesar dalam joging bagi saya adalah mengenali kawan, mengasah ketekadan, serta menikmati keindahan pemandangan dalam perjalanan. Saya juga mengibaratkan kehidupan kita sebagai joging, ada kepahitan, pun ada kemanisan, kelajuan bukan paling penting dalam kehidupan kita, tetapi buah yang kita petik dalam perjalanan adalah lebih berharga dan berkenangan. 🌈

Saya pernah menyertai Penang Bridge Marathon🌉


Seteusnya, saya juga suka bidang literasi, sastera, dan sains sosial. Inilah sebab saya memilih kursus ekonomi sebagai sarjana muda saya. Saya suka mempelajari budaya dan sejarah bagi kaum dan bangsa lainb melalui petikan, buku, serta video. Bagi saya, sepanjang umur bagi manusia adalah pendek, dunia adalah besar, oleh itu, saya berimpian untuk melancong✈ ke setiap sudut dunia ini.🌏

Inilah saya, seorang pemuda yang mencintai kehidupan 💪dan masih menerokai dunia ini. Semoga dunia aman dan damai. 💗


Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan seminggu ke UKM :minggu orientasi UKM (A193881 YEOH YA TING)

Minggu Pertama di UKM! daripada Jia En~ (A194442 TAN JIA EN)