Perjalanan seminggu ke UKM :minggu orientasi UKM (A193881 YEOH YA TING)

 Assalamualaikum kepada semua!πŸ™ŒπŸ™Œ Saya Ya Ting dan hari ini saya ingin mengongsikan pengalaman saya di Universiti Kebangsaan Malaysia pada minggu pertama. Minggu pertama di UKM merupakan minggu orientasi. Saya rasa anda semua mesti tidak sabar untuk mengetahui apa yang akan berlaku sepanjang minggu pertama di UKM.  Sebelum saya memulakan topik ini, saya akan menerangkan sedikit tentang tujuan minggu orientasi di universiti. Sebelum pelajar mengikuti pengajian di universiti, pelajar baru boleh dikatakan "wajib" untuk mengikuti minggu orientasi yang diadakan oleh universiti yang dimasuki.  Tujuan utama bagi program ini adalah sebagai satu sesi perkenalan tentang universiti tersebut dan dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru yang pelbagai kaum dan agama.

Minggu orientasi UKM dinamakan sebagai Minggu Apresiasi Watan (MAW) yang dijalankan dari 8 Oktober 2022 hingga 12 Oktober 2022 yang selama 5 hari. Minggu orientasi ini dianjurkan khas untuk pelajar baru sesi akademik 2022-2023.

Hari Pertama: 8 Oktober 2022

Hari ini merupakan hari pendaftaran bagi semua pelajar baharu sesi akademik 2022-2023 di kolej kediaman masing-masing. Sesi pendaftaran pelajar dibahagikan kepada 2 slot. Slot pertama adalah pendaftaran pelajar dari Johor, Kedah , Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu, Sabah, Sarawak dan WP Labuan manakala slot kedua adalah pendaftaran pelajar dari Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Selangor, Putrajaya dan WP KL. Saya berasal dari Pulau Pinang maka saya perlu mendaftarkan diri di kolej kediaman saya pada slot pertama iaitu dari pukul 9 pagi hingga 12.15 tengah hari. Kolej kediaman saya adalah Kolej Dato Onn (KDO) yang menghampiri pintu utama UKM. Ibu saya disuruh untuk meletakkan kereta di depan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) dan kami sekeluarga perlu mengangkat barang saya dan menaiki tangga ke Kolej Dato Onn (KDO).  Selepas itu, saya telah mengambil masa untuk mengemaskan bilik kediaman saya. Pada waktu 5.30pm, semua pelajar disuruh untuk turun ke kafe KDO untuk menjalankan aktiviti "ice breaking".  Selepas makan malam, aktiviti Naratif Baharu Kolej Akademia telah dijalankan. Aktiviti ini dijalankan untuk membolehkan pelajar memperkenalkan KDO, pihak-pihak berkuasa KDO dan persembahan daripada pemudah cara(PC).

Hari Kedua: 9 Oktober 2022

Hari ini dimulakan dengan ucapan pembukaan timbalan naib canselor bagi Pembukaan Minggu Apresiasi Watan yang berada di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Seterusnya disambung dengan interaksi bersama Pusat Tanggungjawab (PTj) seperti Sesi Bersama Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM), Sesi Bersama Pusat Pengajian Citra dan Sesi Bersama Pusat Pengurusan Akademik. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, saya lebih memahami tentang sistem pembelajaran yang dijalankan oleh UKM. Selepas makan tengahari, program ini diteruskan dengan Interaksi Bersama PTj dan Agensi. Antara sesi yang amat saya sukai adalah Slot Bersama PTPTN. Melalui Slot Bersama PTPTN, saya lebih mengetahui cara untuk memohon PTPTN dan peraturan mengisi dokumen berkenaan. Sesi Naratif Baharu UKM bermula pada 8pm. Sesi ini dinamakan sebagai Naratif Watan: Teras Kecemerlangan. Aktiviti yang terdapat dalam sesi ini adalah strategi dan pembangunan oleh Pro Naib Canselor serta bicara teras oleh ikon pelajar dan alumni.πŸ‘€πŸ‘€

Hari Ketiga: 10 Oktober 2022

Rasanya hari ini merupakan hari yang amat diharapkan oleh semua pelajar baru kerana dapat mengunjungi fakulti masing-masing! Semua pelajar baru mempunyai peluang sepanjang hari untuk memperkenalkan fakulti masing-masing supaya tidak sesat jalan untuk mencari kelas masing-masingπŸ˜‚πŸ˜‚ Fakulti saya adalah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Fakulti saya telah menjalankan aktiviti-aktiviti yang banyak iaitu sesi pengurusan fakulti bersama pelajar baharu 2022/2023, Jom Tanya Ketua Program& Penolong Pendaftar Prasiswazah, Forum: Meneruskan Legasi Watan Bersama FEP dan Aktiviti Berkumpulan yang bertajuk FEP Terkedepan! Bersediakan Anda? Melalui aktiviti yang dijalankan di fakulti saya. saya lebih memahami keadaan  FEP, mengetahui cara pengambilan kursus dan juga jumlah kredit yang perlu diambilkan di setiap semester. Bukan itu sahaja, UKM juga menjalankan aktivitti pada waktu malam, iaitu pelajar muslim akan pergi ke Masjid UKM untuk Malam Cinta Rasul manakala pelajar yang bukan muslim akan bergerak ke DECTAR untuk Forum Jati Diri. 

Hari Keempat: 11 Oktober 2022

Hari ini semua pelajar akan mengadakan sedikit aktiviti senaman iaitu "UKM Cergas". Program ini ialah Senamrobik Bersama Pengurusan Tertinggi UKM. Program ini bermula dari 7.30 pagi dan warga KDO termasuk saya berjalan ke Dewan Gemilang pada 7 pagi. Bagi saya, UKM adalah sebuah universiti yang mempunyai udara yang baik dan amat sejuk pada waktu pagi. Selepas aktiviti senamrobik, kami telah menjalankan Aktiviti Prakarsa/ Domain Kemenjadian Pelajar di kolej masing-masing. Domain yang saya pilih adalah kepimpinan dan aktiviti permainan yang saya paling berminat adalah setiap ahli akan memegang sebatang tali yang diikat dengan pen, kita perlu bekerjasama untuk meletakkan pen tersebut ke dalam botol yang terdapat di tengah kita. Kemudian, program yang seterusnya adalah kolej akedemia dan riadah siswi cergas. Pada waktu malam, semua pelajar baharu akan bergerak ke Stadium UKM untuk menyaksikan perbarisan dan sukan bersama pengurusan tertinggi. Selepas semua program sudah tamat pihak berkuasa UKM telah menyalakan bunga api. Bunga api itu sangat cantik!!!😍😍😍😍

Hari Kelima: 12 Oktober 2022

Hari ini merupakan hari terakhir bagi minggu orientasi UKM.  Semua pelajar baharu telah berkumpul di DECTAR awal pagi untuk Amanat Naib Canselor dan Bacaan Ikrar. Pelajar lelaki perlu memakai kemeja putih, tali leher UKM yang berwarna biru, seluar hitam dan kasat yang bertutup. Bagi pelajar perempuan, mereka diwajibkan untuk memakai baju kurung biru, tudung putih atau rambut diikat rapat , selendang UKM dan kasut yang bertutup. Bacaan Ikrar boleh dikatakan terpenting dan sangat bermakna dalam minggu orientasi UKM kerana setiap pelajar baharu hanya akan diiktiraf sebagai pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia selepas bacaan ikrar. Minggu orientasi ini ditamatkan dengan Konsert Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Konsert ini boleh dikatakan sangat menarik kerana pelajar UKM sangat berbakat! Setiap persembahan yang meraka mempersembahkan telah mendapat tepukan yang hangat. Bukan itu sahaja, Pengurusan Tertinggi UKM juga mempersembahkan persembahan yang menarik.πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ˜πŸ˜


Kesimpulannya, minggu pertama di UKM boleh dikatakan sangat letih dan sangat diperkaya. Walaupun selesema saya tidak sembuh dari hari pertama hingga hari terakhir, tetapi saya amat gembira kerana dapat menyertai semua program yang dianjurkan oleh UKM.

Bergambar dengan kolej kediaman saya...KDO!

😎😎


Comments

Popular posts from this blog

Hi Semua, Saya Saw Yu Heng!! (A193108 SAW YU HENG)

Minggu Pertama di UKM! daripada Jia En~ (A194442 TAN JIA EN)