Salam sejahtera rakan-rakan sekalian! saya Jia En ingin berkongsi pengalaman saya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang disayangi bagi minggu pertama ! π₯³π✨
Minggu Pertama di UKM merupakan minggu orientasi yang dinamakan Minggu Apresiasi Watan (MAW) bagi pelajar baharu sesi akademik 2022/2023. MAW ini telah berlangsung sebanyak 5 hari iaitu dari 8 Oktober 2022 sehingga 12 Oktober 2022.
Pada hari pertama : 8 Oktober 2022
Semua pelajar baharu akan mendaftar diri di kolej kediaman masing-masing mengikut slot masa yang ditetapkan. Saya berasal dari Selangor, maka saya telah ditetapkan untuk mendaftar diri di Kolej Dato' Onn (KDO) pada slot masa 2.30pm sehingga 5pm. Saya telah mendaftar diri pada pukul 2pm dan di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya kerana dia membantu saya untuk mengangkat beg & barang-barang ke bilik saya yang bertingkat tiga . π₯Ίπ₯Ίπ
Selepas saya mengemaskan semua barang saya, semua pelajar diminta untuk turun ke kafe KDO dan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tempat asal masing-masing untuk aktiviti kolej iaitu "ice-breaking".
Pada waktu malam, naratif baharu kolej akademia diadakan iaitu pengenalan tentang KDO, pengenalan oleh pihak-pihak pengurusan KDO, persembahan daripada pemudah cara (PC), deklamasi sajak oleh pemudah cara (PC) dan sebagainya.
Pada hari kedua : 9 Oktober 2022
Pembukaan MAW diadakan di DECTAR pada waktu pagi dengan ucapan pembukaan dan pengenalan Timbalan Naib Canselor. Ini adalah kali pertama saya masuk ke Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) !!! Memang cantik dan selesa π€©π€©π€©
Seterusnya, terdapat sesi interaksi bersama dengan pihak PTPTN, HEP-UKM, Pusat Pengurusan Akademik/Citra, Bahagian Keselamatan dan Pusat Kesihatan Universiti.
Semua pihak telah memperkenalkan diri mereka dan menerangkan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan kepada semua pelajar UKM.
Selain itu, terdapat juga sesi taklimat UKM-Karier dan pengenalan terhadap Perpustakaan Tun Sri Lanang iaitu perpustakaan yang paling terkenal dalam UKM.
Bagi sesi waktu malam, naratif baharu UKM yang dinamakan "Naratif Watan : Teras Kecemerlangan" diadakan. Ia adalah berkaitan dengan bicara teras oleh ikon pelajar dan alumni UKM serta strategi dan pembangunan korporat oleh Pro Naib Canselor. πππ
Pada hari ketiga : 10 Oktober 2022
Hari gerak ke fakulti !!! Oleh sebab program pengajian saya ialah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian, maka fakulti saya ialah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP).
Sesi kenal-mengenali dengan pihak pengurusan FEP, Ketua Program dan Penolong Pendaftar Prasiswazah diadakan di Dewan Kuliah 1 dan pelajar-pelajar yang berada di tempat lain akan menonton sesi ini melalui siaran langsung. πΊ✨✨
Ketua Program dan Penolong Pendaftar Prasiswazah telah menjelaskan rancangan pengambilan kursus, jumlah kredit dan pengetahuan sebagainya bagi semua jenis program pengajian.
Seterusnya, aktiviti berkumpulan bersama dengan pensyarah diadakan di tempat yang ditetapkan dalam FEP. Dengan ini, semua pelajar dapat mengenali kawasan FEP.
Pada waktu malam, pelajar Muslim menjalankan sesi Malam Cinta Rasul di Masjid UKM dan pelajar bukan Muslin mendengar Ceramah Jati Diri di DECTAR. π₯°π₯°π₯°
Pada hari keempat : 11 Oktober 2022
Aktiviti pada waktu pagi adalah UKM Cergas iaitu aktiviti senamrobik bersama dengan Pengurusan Tertinggi UKM di Dewan Gemilang.
Seterusnya, aktiviti prakarsa/domain kemenjadian pelajar dijalankan di tempat yang ditetapkan. Domain yang saya pilih adalah domain keusahawanan dan aktiviti dijalankan di kafe Kolej Tun Hussien Onn (KTHO). Pensyarah menyuruh kami untuk membuat satu inovasi dan membentangkannya dalam bentuk kumpulan. πππ
Selepas itu, aktiviti semarak sukan UKM diadakan di Stadium UKM iaitu perbarisan oleh semua kolej kediaman dan sukan bola sepak bersama Pengurusan Tertinggi.
Akhirnya, pelajar yang menang tetapi Pengurusan Tertinggi memang mantap !!! πππ
Pada hari kelima : 12 Oktober 2022
Hari terakhir MAW !!! Sesi waktu pagi adalah sesi amanat daripada Naib Canselor dan bacaan ikrar daripada pelajar. Bacaan ikrar adalah sesi yang terpenting dalam minggu apresiasi dan sangat bermakna kepada semua pelajar kerana pelajar baharu hanya diiktiraf sebagai seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) secara rasminya selepas bacaan ikrar ini. πππ
Seterusnya adalah acara yang paling menarik dan menggembirakan iaitu Konsert Di sini Lahirnya Sebuah Cinta!! πππ
Terdapat pelbagai jenis persembahan yang dibuat oleh pelajar UKM dan pelajar daripada domain Kebudayaan dalam MAW. Pengetua, Dekan Fakulti dan Pengurusan Tertinggi UKM juga telah membuat persembahan yang menarik seperti menyanyi dan menari !!! πππ
Selepas konsert, perang DECTAR bermula !!! Perang ini memang mantap tetapi suara saya terus hilang dan sakit tekak mencari saya selepas perang ini.
Walaupun saya berasa sangat letih kerana saya terpaksa membangun pada pukul 6am dan hanya boleh tidur pada pukul 12am setiap hari sepanjang MAW, tetapi MAW ini memang membantu saya untuk mengenali UKM dengan lebih mendalam dan saya telah mengenali banyak kawan serta telah menghasilkan banyak kenangan yang baik.
Di bawah adalah kenangan yang telah saya rakam sepanjang Minggu Apresiasi Watan (MAW) 2022 ini. Harap anda semua suka! ~ π❤️❤️
Comments
Post a Comment