Kenangan Indah Minggu Pertama di UKM! (A193108 SAW YU HENG)
Salam Sejahtera Rakan-rakan Sekalian👏 Saya Yu Heng di sini ingin berkongsi minggu pertama saya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Minggu pertama saya dialami dengan Minggu Apresiasi Watan🎉🎉 (MAW) yang khas dilangsung oleh pihak universiti untuk pelajar baharu sesi 2022/2023. MAW ini telah berlangsung selama 5 hari dari 8 Oktober 2022 hingga 12 Oktober 2022.
Hari Pertama (8 Oktober 2022)
Hari ini merupakan hari yang saya paling tidak akan lupa dalam kehidupan saya, kerana hari ini merupakan saya kali pertama menuju ke menara gading yang termasyur di Malaysia!! Malam sebelum saya menuju ke UKM, saya memang kurang tidur kerana terlalu "excited"😂😂 Masih ingat, awal pagi pada hari itu, ahli keluarga telah sama-sama menghantar saya ke universiti beserta dengan bagasi barangan yang "berbukit-bukit".⛰⛰
Setelah perjalanan lebih kurang lima jam, mengalami highway yang berpandangan indah, bandar Kuala Lumpur yang begitu maju dan berbangunan pencakar langit🏢🏛, dan makan srapan pagi, kami akhirnya sampai di Kolej Dato' Onn, UKM. Masih ingat pada hari itu, belon🎈 bertulisan UKM terlayang-layang tinggi di atas langit, macam melambai-lambaikan tangan dengan semua pendeta-pendeta yang baru menuju ke peringkat yang baharu. Pada hari itu, saya mendaftar diri di KDO, dan mengankat barangan naik ke tangga yang amat tinggi, dan cuba untuk membersihkan bilik kolej saya sebaik mungkin. Pada ketika itu, saya juga sangat bertuah untuk berjumpa dengan "roommate" saya yang berasal dari Muar, Johor!! Selepas itu, saya juga berpeluang pergi ke Bangi Gateway bersama ahli keluarga untuk membeli barangan keperluan dan makan tengah hari. Tibalah masa untuk berpisah, saya berpisah dan mengucapkan selamat meninggal dengan ahli keluarga saya. Masih ingat, pada hari itu, ayah saya menolong saya untuk memasang loker pada laci, tanpa ayah saya, saya tak boleh buat tersebut. Pada saat itu, saya baru terasa, saya perlu berpisah dengan ahli keluarga tersayang saya untuk satu tempoh, saya baru teruja dengan jasa ibu bapa saya💞, dan kami semua curi-curi menitiskan air mata😂😂.
Setelah semua sudah siap, semua penginap baharu KDO turun ke cafeteria KDO masing-masing untuk menjalankan aktiviti bersama-sama seperti "ice-breaking", makan malam, pengenalan baharu tentang universiti dan kolej, dan yang buat saya paling ingat merupakan konsert kecil🎤 yang diadakan oleh MEP dan PC KDO.
Bermula sekarang, saya merupakan seorang ahli keluarga KDO...
Hari Kedua (9 Oktober 2022)
Hari ini, pada awal pagi, semua pelajar baharu bangun awal dan menuju ke Dewan Canselor Tun Razak (DECTAR). Pun pada hari itu, kawasan universiti mula berhujan. Apabila saya sampai ke Dectar, saya macam terkejut! 😱😱 Sebab Dectar kita terlalu cantik, mewah, dan selesa, selagi ada sedikit semirip dengan kawasan konsert!! 💫💫 Pada pagi tersebut, kami telah menerima taklimat daripada pihak-pihak seperti pihak PTPTN, HEP-UKM, Pusat Pengurusan Akademik/Citra, Bahagian Keselamatan dan Pusat Kesihatan Universiti.
Pada petang pula, setiap kolej juga ada aktiviti-aktiviti "main-main" tersendiri. Dari itu, saya berpeluang untuk kenal dengan ramai kawan yang baharu.✌
Pada malam pula, kami berpeluang untuk menyertai sesi "Naratif Watan : Teras Kecemerlangan" di mana kami semua akan menerima nasihat daripada icon-icon serta alumni UKM.
Pada larut malam, apabila semua pelajar dah balik ke kolej untuk tidur, rakan sebilik saya mengajak saya untuk merebut kursus bersama-sama!! Pada ketika itu, saya sekali lagi merasai semangat dan kehidupan universiti!!
Highlight Hari Kedua: Pertama Kali ke Dectar
Hari Ketiga (10 Oktober 2022)
Hari ketiga, hari untuk menuju ke fakulti!! Awal pagi, perjalanan ke fakulti penuh dengan kabut🌫🌫 dan titisan embun💧, lampu jalan💡 masih bersinar, memang romantik!! 💕
Fakulti saya merupakan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), hanya 10 minit perjalanan kaki dari kolej saya, KDO. Pada hari ini, kami berpeluang untuk mendapat taklimat daripada pihak pengurusan FEP mengenai perkara pengambilan kursus dan jam kredit. Selain itu, kami juga berpeluang berinteraksi secara kumpulan dengan profesor UKM, betapa bertuah kita!!
Pengalaman Kali Pertama ke FEP
Pada malam pula, pelajar muslim mempunyai aktiviti Malam Kemanisan Iman di Masjid UKM, manakala pelajar bukan muslim mempunyai aktiviti Ceramah Jati Diri di Dectar. Saya pergi ke Dectar dan menjalankan aktiviti Ceramah Jati Diri di mana kami akan mendapat perkongsian daripada beberapa orang profesor tersohor UKM. 🎓
Selepas pulang ke kolej, kami mendapati bahawa sesiapa yang terlibat dengan kawad kaki pada hari keempat, diperlukan untuk kumpul pada pukul tiga pada hari keesokan. Saya dan rakan sebilik saya mendapat maklumat tersebut, dan, cepat tidur untuk mendapat rehat yang mencukupi.💤💤💤
Hari Keempat (11 Oktober 2022)
Hari ini, rakan sebilik saya dan saya bangun pada pukul 2 pagi untuk membuat persiapan hadir ke latihan kawad kaki seperti yang dijanji... Namun, apabila kami sampai ke cafeteria, kami tidak nampak seorang pun di sana... Saya tanya kepada kepada rakan sebilik saya, "adakah pukul tiga tu pukul tiga petang dan bukan pagi?" Kami menengok masing-masing dan terpinga-pinga, dan balik ke bilik untuk meneruskan ketiduran kami. 😊😊
Hari ini merupakan "Hari Sukan", sebab ada banyak aktiviti berkaitan dengan sukan. Awal pagi, semua pelajar kumpul di Dewan Gemilang untuk menjalankan senamrobik. Dulu, saya rasa senamrobik itu memalukan, kerana perlu menari, tetapi sekarang, saya mencintai senamrobik yang begitu menarik dan kelakar. Selepas balik ke kolej masing-masing, kami juga ada aktiviti domain, di mana setiap pelajar dibahagi kepada 8 kumpulan untuk mencungkil bakat atau nilai tertentu. Antaranya: Inovasi, Kepimpinan, Kelestarian, Sukan, Kebudayaan, Kesukarelawan, Keusahawanan, Badan Beruniform, dan Nilai Murni. Saya dibahagi ke dalam kumpulan Inovasi di mana kami perlu mencipta barang dengan bahan-bahan yang disediakan berdasarkan tema tertentu.
Aktiviti Senamrobik di Dewan Gemilang
Sampai petang, kami mempunyai aktiviti "station game" di kolej, sangant menarik dan gila!! Kami main tepung, kacang, pen marker, botol air dan minuman pelik-pelik😂😂. Selepas itu, kami barulah aktiviti raptai bagi kawad kaki yang akan dilangsungkan pada malam ini!
Malam ini, semua orang berjalan kaki ke Pusat Sukan untuk menonton kawad kaki, upacara penganugerahan hadiah, serta pertandingan sepak bola!! Dari sini, saya bertuah untuk menampak Nur Dhabitah Sabri!! (atlet terjun air Malaysia) Seterusnya, pertandingan bola sepak antara mahasiswa serta barisan pensyarah dan profesor juga agak menarik. Walaupun barisan pensyarah dan profesor kalah akhirnya, tetapi mereka menunjukkan semangat sukan yang amat baik untuk kita! 💪💪💪
Malam inin sangat berkenangan bagi semua mahasiswa baharu UKM, semua orang di Pusat Sukan sama-sama bersorak, bersembang, berkenalan, dan bergembira... Bunga api 💥yang indah pada malam itu merekod setiap saat kami..
![]() |
| Kenangan Indah Kami di UKM |
![]() |
| Kami semua pakai biru putih 🎊 |
Selepas upacara ikrar ini, kami akhirnya berjanji untuk menjadi seorang pelajar yang berkualiti bagi UKM.
Pada malam ini pula, kami semua pergi ke Dectar sekali lagi untuk menghabiskan perjalanan MAW yang terakhir. Kami telah menyertai Konsert Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta😍💕. Selepas konsert ini, saya memang lahirnya sebuah cinta terhadap universiti tersayang ini. 🙆
![]() |
| Kenangan Kami Sebagai Harimau Kehijauan 💪🐯 |
* Segari selepas MAW.......
Saya ditimpa Covid!! 😱😱Disebabkan selalu tidak memakai pelitup mulut sepanjang tempoh MAW, saya dijangkiti penyakit yang sangat popular😈😈 kebelakangan tahun ini. Jadi, pengalaman minggu pertama saya di UKM memang penuh dengan kemanisan dan kepahitan 😂. Begitulah kehidupan, seumpama roda, kadangkala di atas, kadangkala di bawah. Oleh itu, di sinilah saya ingat menasihati semua untuk menjaga kesihatan diri dengan baik terutamanya sekarang Malaysia pula ditimpa virus Covid yang baharu iaitu Arcturus. Menjaga kesihatan awam, tanggungjawab semua. 😷




Comments
Post a Comment