Salam sejahtera rakan-rakan sekalian! daripada Jia En~ (A194442 TAN JIA EN)

Saya Tan Jia En, seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). πŸ‘©πŸ»‍πŸŽ“πŸŒΈπŸ’–
Saya berumur 21 tahun pada tahun 2023 dan berasal dari Puchong, Selangor.
Sekarang saya ialah pelajar tahun 1 semester 2 yang mengambil program pengajian Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian.
Sebelum masuk ke UKM, saya telah menamatkan pengajian peringkat rendah di SJK(C) Han Ming, peringkat pertengahan di SMK Puchong Utama (1) dan peringkat pra-universiti iaitu STPM di Kolej Tingkatan Enam Puchong (KTEP). 😍😍😍

Saya suka menyanyi tetapi ini tidak boleh menjadi sumber pendapatan yang stabil maka saya tidak dapat mengejar cita-cita masa kecil saya iaitu menjadi seorang penyanyi. 😭😭😭
Akan tetapi, saya suka membuat aktiviti yang berkaitan dengan pengiraan maka saya telah mengambil Prinsip Perakaunan, Pengajian Perniagaan dan Ekonomi sepanjang sesi persekolahan saya. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Subjek yang paling saya sukai ialah Matematik Tambahan kerana saya berasa subjek ini sangat mencabar dan kebanyakan orang takut akannya malahan saya ingin menewaskannya dan saya telah berjaya dalam SPM. 😎😎😎

Sebenarnya, saya tidak pernah berfikir untuk melanjutkan pengajaran saya sehingga tahap universiti. 
Pada masa SPM, saya ingin menghabiskannya secepat mungkin supaya saya boleh memulakan kehidupan bekerja tetapi kawan saya memberitahu bahawa saya berjaya mendapat tawaran ke STPM !!! 😱😱😱
Selepas pertimbangan beberapa minggu sehingga minggu ketiga permulaan STPM, saya baru dapat membuat keputusan untuk melanjutkan pengajaran ke STPM dan sepanjang tempoh STPM, saya juga ingin menghabiskannya secepatnya kerana saya amat berniat untuk mencari duit. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Saya masih ingat apabila semua orang sedang mengisi permohonan UPU dan berasa sakit kepala dengannya, pada masa itu saya langsung tidak tahu perkara ini dan langsung tidak peduli. 😬😬😬
Tetapi akhirnya, kawan saya menggalakkan saya untuk mengisi permohonan maka saya telah mengisi 6 pilihan sahaja.
Selepas menghabiskan STPM, saya telah bekerja sebagai ejen hartanah dan mendapat pencapaian yang agak baik dalam masa 3 bulan maka perasaan untuk tidak melanjutkan pengajaran muncul lagi. πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯
Tetapi, nasib baik kawan dan keluarga saya menasihati untuk sekurang-kurangnya mendapatkan sijil ijazah sarjana muda kerana saya seorang yang berkelayakan dan berkemampuan untuk belajar.
Dengan ini, saya telah membuat keputusan untuk menerima tawaran ke UKM dan memulakan perjalanan saya di tempat baharu ini. πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°






Comments

Popular posts from this blog

Hi Semua, Saya Saw Yu Heng!! (A193108 SAW YU HENG)

Perjalanan seminggu ke UKM :minggu orientasi UKM (A193881 YEOH YA TING)

Minggu Pertama di UKM! daripada Jia En~ (A194442 TAN JIA EN)