Selamat Datang ke Planet Ya Ting ! (A193881 YEOH YA TING)



Assalamualaikum kepada semua!πŸ™ŒπŸ™Œ Nama saya Yeoh Ya Ting dan boleh pangil saya TingπŸ‘Œ. Saya berumur 21 tahun dan berasal dari sebuah negeri yang unik dan kaya dengan kepelbagaian kaum dan budaya, iaitu Pulau Pinang. Saya boleh dikatakan seorang yang paling pendek antara kawan saya. Tetapi, tiada siapa yang “sempurna”.😎😎😎 Bagi saya, pendek bukanlah sesuatu yang buruk kerana ia membuatkan saya kelihatan lebih muda.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kini, saya merupakan pelajar tahun 1 semester 2 di University Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terletak di Bangi, Selangor. Saya telah mengambil program pengajian Sarjana Muda Ekonomi dengan Pengajian yang mengambil masa selama 3 tahun. Sebelum itu, saya telah menamatkan STPM di Methodist Boys’ School. Pada pendapat saya, STPM bukanlah sesuatu yang senang kerana saya merupakan seorang pelajar aliran sains semasa peringkat pertengahan di SMJK Phor Tay dan akhirnya tukar kepada aliran perniagaan semasa tingkatan enam. STPM merupakan satu peluang kepada saya untuk menyesuaikan diri dengan Sistem 3 Penggal di Tingkatan Enam, iaitu pelajar STPM wajib menduduki peperiksaan STPM pada setiap penggal kerana pelajar STPM perlu menguruskan masa dan stress dengan baik supaya mengekalkan standard dalam setiap peperiksaan STPM.😨😨😨

Selepas memperkenalkan latar belakang akademik saya, saya ingin berkongsi hobi yang saya sukai dengan anda. Hobi kegemaran saya sekarang ialah yoga.πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ Saya memulakan yoga kerana pengaruh rakan saya. Sebagai ilmu, yoga adalah berasal daripada sanskrit kuno “yuj” yang bermaksud menyatukan atau menggabungkan. Saya suka senaman yoga kerana ia dapat membantu saya untuk mengurangkan stress, meningkatkan kestabilan dan focus pada sesuatu. Bukan itu sahaja, saya juga suka menyanyi. Apabila saya mendengar lagu yang saya sukai, saya akan cuba mencari nama lagu itu dan berlatih menyanyi.

Akhirnya tamat dengan kata-kata semangat yang saya sukai iaitu kehidupan bukanlah berkisar tentang kekalahan anda, tetapi berkisar tentang apa usaha anda untuk bangun semula. πŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘Š
Maaf untuk menunjukkan muka sebenar saya, jadi saya meletakkan muka komik!
πŸ˜‚πŸ˜





Comments

Popular posts from this blog

Hi Semua, Saya Saw Yu Heng!! (A193108 SAW YU HENG)

Perjalanan seminggu ke UKM :minggu orientasi UKM (A193881 YEOH YA TING)

Minggu Pertama di UKM! daripada Jia En~ (A194442 TAN JIA EN)