Tempat Kegemaran Saya di UKM! ( A193881 YEOH YA TING)
Assalamualaikum kepada semua!๐๐ Saya Ya Ting ingin berkongsi dengan tempat yang paling saya sukai di Universiti Kebangsaan Malaysia, iaitu Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL).
Pada 18 Mei 1970, PTSL telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan UKM di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Pada tahun 1977, perpustakaan telah berpindah ke kampus tetap yang terletak di Bangi dan menggunakan Aras 5 Bangunan Canselori, UKM sebelumm berpindah ke bangunan tetap perpustakaan. Bangunan PTSL sekarang mula digunakan pada tahun 1978.
PTSL mempunyai enam tingkat dan ia merupakan perpustakaan yang terbesar di Asia Tenggara. Setiap tingkat mempunyai fungsi sendiri seperti berikut:
1) Tingkat 1 adalah stor.
2) Tingkat 2 adalah untuk meletakkan bahan-bahan seperi CD, DVD dan surat khabar lama yang disimpan sekian tahun.
3) Tingkat 3 akan menyimpan arkib dan jurnal-jurnal daripada semua bidang.
4) Tingkat 4 adalah pintu masuk keluar yang utama. Tingkat ini mempunyai koleksi tamadun islam dan sejarah. Selain itu, ia juga menempatkan bilik wifi untuk para pelajar UKM untuk membuat perbincangan.
5) Tingkat 5 adalah tempat untuk menyimpan buku-buku rujukan dan dokumen-dokumen syarikat.
6) Tingkat 6 merupakan simpanan buku-buku terlarang.
Kemudahan dalam PTSL:
1) Kafe: Kafe ini dinamakan "Bookworm Cafe UKM" yang disediakan di Dataran Tun Seri Lanang dan menyediakan pelbagai minuman dan makanan yang sedap.
2)Anjung Ilmu PTSL: Angjung Ilmu PTSL mempunyai kemudahan 2 buah bilik perbincangan yang dapat memuatkan 8 orang setiap bilik dan 12 meja karel yang dilengkapi dengan kemudahan punca kuasa dan WiFi.
3)Ruang 24 Jam Abdul Aziz Shaik Mydin: Ruang ini terletak di Aras 4 bersebelahan Koleksi Rujukan dan boleh diakses melalui Jalan Lingkungan Ilmu. Ruang ini mempunyai kemudahan WiFi dan ruang membaca yang selesa.
4)Mesin Pinjaman Dan Pemulangan Layan Diri: PTSL juga menyediakan sebuah mesin pinjaman dan pemulangan buku layan diri untuk memudahkan pelanggan perpustakaan untuk meminjam dan memulangkan buku secara layan diri tanpa perle pergi ke kaunter pinjaman dan pemulangan. Mesin ini terdapat di aras 4.
5) Ruang Bacaan: PTSL menyediakan ruang bacaan yang luas dan selesa di semua aras yang dapat memuatkan sebanyak 1633 orang pelanggan dalam satu masa.
Berikut merupakan pencapaian yang dicapai oleh PTSL:
1) Johan Konvesyen KMK Peringkat Negeri Selangor (tahun 2003)
2) Anugerah Kualiti Naib Canselor UKM (tahun 2004)
3) Anugerah Kualiti YB. Setiausaha Negeri Selangor (tahun 2004)
4) Anugerah Khas Juri (Kategori Perpustakaan Besar), Pertandingan Perpustakaan Cemerlang, Persatuan Perpustakaan Malaysia (tahun 2008)
5) Naib Johan Konvensyen KIK Perpustakaan seMalaysia pertama (tahun 2008)
6)Naib Johan Konvensyen KIK Perpustakaan seMalaysia kedua (tahun 2009)
7) Naib Johan Konvensyen KIK Perpustakaan seMalaysia ketiga (tahun 2010)
8) Johan Perarakan Maulidur Rasul UKM 1431H (tahun 2010)
9)Johan Perarakan Maulidur Rasul UKM 1432H (tahun 2011)
10) Johan Anugerah Inovasi Berkumpulan UKM (tahun 2011)
11) Naib Johan Anugerah Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (tahun 2011)
Comments
Post a Comment