Tempat Kesukaan Saya di UKM!! (A193108 SAW YU HENG)

 

Stadium UKM

Stadium UKM, juga dikenali sebagai Pusat Sukan UKM, merupakan sebuah stadium sukan yang dapat memuatkan 500 orang penonton pada suatu masa. Stadium UKM mempunyai kemudahan seperti trek larian olaraga sepanjang 400 meter satu pusingan serta satu padang yang dapat digunakan untuk acara lontar peluru, lompat tinggi, lontar cakera, lompat bergalah, rejam lembing, bola sepak, serta bola rugbi. ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰ Stadium ini akan digunakan untuk sukan rutin pelajar serta peristiwa sukan penting universiti seperti Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM), acara sukan Minggu Apresiasi Watan (MAW), serta Sukan Univerisiti Asean. ๐Ÿ™Œ๐Ÿ™Œ

Sejarah Stadium UKM juga mempunyai cerita yang menarik. Pada 1 November 1974, seorang Pegawai Sukan Kementerian Pendidikan yang ditempatkan di Jabatan Hal-Ehwal Pelajar UKM menjadi Pegawai Sukan bagi UKM mula dan bertanggungjawab terhadap aktiviti sukan pelajar dan kakitangan UKM. Dari situ, mulalah sejarah sukan UKM. Pada tahun 1976, Unit Sukan mempunyai seorang kerani, seorang penyelenggara stor dan 5 pekerja am. Pada tahun 1984, UKM telah diberi penghormatan sebagai sekretariat dan perkampungan Sukan Universiti Asean ke-3.

Pada tahun 2008, Unit Sukan telah berjaya dinaiktaraf menjadi Pusat Sukan. Pada tahun 2010 pula, seorang Pengarah Pusat Sukan telah dilantik untuk merancang dan melaksana program-program sukan, dan sejak itu, Pusat Sukan UKM menjadi sebuah pusat yang berstruktur dengan kakitangan seramai 43 orang. Stadium UKM atau Pusat Sukan UKM yang begitu indah dan berfungsi, juga adalah atas jasa kakitangan barisan pusat sukan tersebut. Hormat kepada mereka. ๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™†๐Ÿ™†

Selain daripada fasiliti yang baik, lokasi yang ideal juga menjadikan Stadium UKM sebagai pusat sukan yang paling utama bagi warga UKM. Stadium UKM adalah sangat dekat dengan 5 kolej kediaman UKM, iaitu Kolej Keris Mas (KKM), Kolej Ibu Zain (KIZ), Kolej Rahim Kajai (KRK), Kolej Dato' Onn (KDO), serta Kolej Tun Hussein Onn. Tambahan pula, pusat dan bangunan penting seperti Hotel Puri Pujangga UKM, Canselori UKM, serta Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR), juga berlokasi tidak melebihi 1 km dari Stadium UKM!! ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ Sebab-sebab ini menyebabkan Stadium UKM sebagai tempat yang ideal bagi kekitangan UKM untuk bersukan berbanding dengan laluan joging UKM yang tidak rata. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Namun, faktor yang menyebabkan saya paling mengemari Stadium UKM adalah kenangan. Selaku seorang pengemar joging, saya menghabiskan masa yang banyak di Stadium UKM. Saya suka akan suasana stadium di mana juga ada banyak penggemar joging. Di sana, saya tidak akan berasa saya adalah seorang sahaja yang menggemari joging sejak saya tidak membesar di suatu suasana yang mempunyai ramai penggemar joging. ✌✌Saya suka kenangan berjoging dengan rakan karib saya di stadium, beserta dengan pemandangan terbitan matahari๐ŸŒ‡ yang indah dan "poetic".

Tidak dapat dinafikan bahawa orang Malaysia sentiasa ditandakan dengan obesiti, tidak sihat, dan kurang bersukan. Oleh itu, adalah amat berharap, dengan blog ini, dapat membangkitkan semangat dan tabiat bersukan dalam kalangan rakyat Malaysia! Malaysia boleh!! ๐Ÿฏ๐Ÿ’ช


Comments

Popular posts from this blog

Hi Semua, Saya Saw Yu Heng!! (A193108 SAW YU HENG)

Perjalanan seminggu ke UKM :minggu orientasi UKM (A193881 YEOH YA TING)

Minggu Pertama di UKM! daripada Jia En~ (A194442 TAN JIA EN)