Tempat Yang Berjaya Menambat Hati Saya di UKM ~~ (A195568, FATIN NADIA)
Assalamualaikum dan Hai semua! apa khabar? ๐ Saya Fatinnad dan hari ini saya ingin menulis serta berkongsi kepada anda semua mengenai tempat yang berjaya menambat hati saya setakat ini sepanjang saya menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)๐. Kalau nak ikutkan banyak tempat di UKM ini yang menjadi pilihan hati saya tetapi pada hari ini saya akan berkongsi satu sahaja tempat iaitu tak lain tak bukan ialah Kolej Rahim Kajai (KRK) yang merupakan kolej kediaman saya sepanjang tahun satu ini๐๐. Mesti korang tertanya kan sebab apa saya memilih KRK sebagai tempat yang paling saya suka? Bagi saya kolej ini terletak di kawasan yang sangat strategik dan berdekatan dengan banyak tempat๐. Antaranya kolej ini berdekatan dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dan fakulti saya sendiri iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Bukan itu sahaja, kolej ini juga berdekatan dengan Stadium UKM, Masjid UKM, Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), Pusanika dan lain- lain tempat lagi. Jadi, pelajar yang menginap di kolej ini amat mudah untuk mengakses ke sesuatu tempat di UKM kerana ianya tidak begitu jauh.
Di sini saya
ingin menceritakan serba sedikit mengenai kolej ini. Kolej Rahim Kajai
ditubuhkan pada 31 Januari 1983. Ia merupakan antara kolej terawal yang ditubuhkan
pada awal penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada suatu ketika dulu, ia
digelar sebagai Kolej F. Dengan mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Abdul
Rahim bin Salim yang dikenali sebagai Rahim Kajai. Beliau merupakan Bapa
Kewartawanan Melayu. Kolej ini pada awalnya merupakan antara kolej yang
mempunyai bilangan pelajar yang agak sedikit berbanding kolej lain yang
terdapat dalam UKM ini. Kini, Kolej Rahim Kajai mampu memuatkan sehingga 800
penghuni.
Kolej ini mempunyai 2 buah blok bagi pelajar lelaki iaitu blok A dan B manakala 4 buah blok bagi pelajar perempuan iaitu blok C, D, E dan F. Setiap blok ini mempunyai bilik-bilik yang menempatkan dua orang penghuni bagi satu bilik. Bilik penginapan bagi penghuni-penghuni kolej ini juga amat selesa dan pemandangan dari sudut balkoni, bagi saya sangat cantik dan indah๐. Tambahan pula saya yang menginap di Blok F kolej ini yang akan menampakkan pemandangan gelanggang-gelanggan tenis, hoki, bola tampar dan sebagainya.
Kemudahan yang terdapat di Kolej
Rahim Kajai mampu menarik minat sesiapa sahaja untuk memohon mendaftar masuk di
kolej ini๐๐. Antara kemudahannya seperti Wifi, Bilik Perbincangan, Perpustakaan
Mini, Dobi Layan Diri, Kafeteria, Surau. Surau KRK merupakan antara surau yang
paling besar dan mempunyai penghawa dingin jika dibandingkan dengan kolej-kolej
lain. Kolej ini juga terdapat kemudahan sukan yang pelbagai. Jadi disebabkan
inilah kolej ini dikenali sebagai kolej sukan pada suatu ketika dahulu. Bilik
kemudahan yang terdapat di kolej ini juga boleh dikatakan agak banyak iaitu
Bilik Merak Kayangan, Bilik Seminar, Bilik Mesyuarat, Bilik VIP, Bilik Gerakan
Felo, Bilik Majlis Eksekutif Pelajar, Bilik Karaoke, Bilik Sanggar Mustika dan
lain-lain lagi.
Selain itu, kolej
ini juga mempunyai foyer yang membolehkan pelajar atau penghuni kolej ini
berkumpul atau melakukan perbincangan✌. Foyer ini dibuka 24 jam dan kebiasaannya
akan penuh pada waktu malam disebabkan ramai pelajar yang menjadikan foyer ini
sebagai tempat belajar dan mengulangkaji. Kafe kolej ini yang dikenali sebagai
Kafe Pak Harun merupakan satu-satunya kafe yang terdapat di kolej ini. Saya
boleh menilai makanan di kolej ini agak sedap dan mempunyai pelbagai pilihan๐๐. Kalau
sebut pasal harga pula, bagi saya ianya tidaklah terlalu mahal dan berpatutan
bagi seorang pelajar universiti๐๐.
Sebagai
penutup, sepanjang saya menginap di kolej ini, saya berasa amat selesa dan
berpuas hati terhadap keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh
kolej ini๐๐. Segala permasalahan yang berlaku dalam kolej ini dapat ditangani dan
diselesaikan dengan pantas dan efisien. Sekiranya diberi pilihan untuk mendaftar
kolej-kolej lain yang terdapat di UKM ini, saya akan memilih untuk tetap
menginap di kolej ini juga. Bagi saya Kolej Rahim Kajai tetap di hati๐๐.

Comments
Post a Comment