Tempat yang paling saya sukai di UKM! daripada Jia En~ (A194442 TAN JIA EN)

Salam sejahtera rakan-rakan sekalian! saya Jia En ingin berkongsi tempat yang paling saya sukai di UKM iaitu mestinya Kolej Dato' Onn (KDO), Pertama dalam semua !!! πŸŽ‰πŸŽ‰πŸ’–
Sebab utama adalah ia merupakan kolej kediaman saya dan ia adalah kedua berdekatan dengan fakulti saya iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), hanya berjarak 1.1km. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

KDO merupakan kolej kediaman pertama dalam UKM. 😎😎😎
Kolej Pertama telah ditukarkan namanya  kepada Kompleks Siswa A pada 25 November 1977.
Kemasyhuran dan ketokohan Dato’ Onn telah menyebabkan namanya diabadikan dalam lipatan sejarah untuk terus dikenang. Justeru itu tanggal 30 Januari 1986 bersamaan 20 Jamadil Awwal 1406 Hijrah kedudukan kolej ini diperkukuhkan dengan perasmian oleh YAB Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3. 

Kedudukan KDO sangat strategik kerana ia berdekatan dengan padang sukan, masjid, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), dan juga pusat pentadbiran. Ini telah menjadikan KDO sering kali menjadi pilihan pelajar dan orang luar sebagai tempat penginapan dari semasa ke semasa. 😍😍😍

KDO bukan sahaja menawarkan tempat penginapan sahaja malah turut menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan dan kemudahan kepada semua warga KDO.
Misalnya, kemudahan yang disediakan oleh KDO termasuklah ruang rehat  (terdapat TV), wifi, bilik perbincangan, perpustakaan mini, dobi layan diri, kafeteria, surau, kemudahan sukan, bilik mesyuarat, bilik seminar, bilik multimedia, bilik bankuasi, bilik sumber, bilik muzik, pusat cyber dan sebagainya.
Penggunaan dan kesesuaian semua kemudahan ini sentiasa dipantau oleh pihak pengurusan KDO. πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

Selain itu, KDO turut menggalakkan penganjuran aktiviti-aktiviti pelajar yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah mereka supaya sesuai dengan hasrat universiti bagi membentuk masyarakat pelajar yang cemerlang.
Misalnya, jawantankuasa-jawantankuasa yang dibentuk seperti Dato' Onn Production and Events, Darisa, Sukra dan Baitul Rahman. Kelab-kelab seperti BSMM Det88, Kusdo dan Kelab Mandarin. Progam-program berimpak seperti Ekplorasi Watan Kita, Journey of ASEAN dan Malam Apresiasi Gemilang. πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Secara keseluruhan, KDO adalah sebuah kolej kediaman yang ideal untuk pelajar yang mengikuti program pengajian di UKM. Kolej ini menawarkan kemudahan dan sokongan yang diperlukan untuk membantu pelajar mencapai matlamat akademik mereka dan berkembang sebagai individu yang lebih baik. πŸ™†πŸ™†πŸ™†




Comments

Popular posts from this blog

Hi Semua, Saya Saw Yu Heng!! (A193108 SAW YU HENG)

Perjalanan seminggu ke UKM :minggu orientasi UKM (A193881 YEOH YA TING)

Minggu Pertama di UKM! daripada Jia En~ (A194442 TAN JIA EN)