Posts

Kenangan Indah Minggu Pertama di UKM! (A193108 SAW YU HENG)

Image
Salam Sejahtera Rakan-rakan SekalianπŸ‘ Saya Yu Heng di sini ingin berkongsi minggu pertama saya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Minggu pertama saya dialami dengan Minggu Apresiasi WatanπŸŽ‰πŸŽ‰ (MAW) yang khas dilangsung oleh pihak universiti untuk pelajar baharu sesi 2022/2023. MAW ini telah berlangsung selama 5 hari dari 8 Oktober 2022 hingga 12 Oktober 2022. Hari Pertama (8 Oktober 2022) Hari ini merupakan hari yang saya paling tidak akan lupa dalam kehidupan saya, kerana hari ini merupakan saya kali pertama menuju ke menara gading yang termasyur di Malaysia!! Malam sebelum saya menuju ke UKM, saya memang kurang tidur kerana terlalu "excited"πŸ˜‚πŸ˜‚ Masih ingat, awal pagi pada hari itu, ahli keluarga telah sama-sama menghantar saya ke universiti beserta dengan bagasi barangan yang "berbukit-bukit".⛰⛰  Setelah perjalanan lebih kurang lima jam, mengalami highway yang berpandangan indah, bandar Kuala Lumpur yang begitu maju dan berbangunan pencakar langitπŸ’πŸ›, dan...

Tempat Yang Berjaya Menambat Hati Saya di UKM ~~ (A195568, FATIN NADIA)

Image
  Assalamualaikum dan Hai semua! apa khabar? πŸ‘‹ Saya Fatinnad dan hari ini saya ingin menulis serta berkongsi kepada anda semua mengenai tempat yang berjaya menambat hati saya setakat ini sepanjang saya menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)😍. Kalau nak ikutkan banyak tempat di UKM ini yang menjadi pilihan hati saya tetapi pada hari ini saya akan berkongsi satu sahaja tempat iaitu tak lain tak bukan ialah Kolej Rahim Kajai (KRK) yang merupakan kolej kediaman saya sepanjang tahun satu iniπŸ’–πŸ˜Š. Mesti korang tertanya kan sebab apa saya memilih KRK sebagai tempat yang paling saya suka?  Bagi saya kolej ini terletak di kawasan yang sangat strategik dan berdekatan dengan banyak tempat😎. Antaranya kolej ini berdekatan dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dan fakulti saya sendiri iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Bukan itu sahaja, kolej ini juga berdekatan dengan Stadium UKM, Masjid UKM, Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), Pusanika dan ...

MINGGU ORIENTASI UKM!!! (A195568, FATIN NADIA)

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera✌. Apa khabar semua? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiatπŸ˜‰. Harini saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai pengalaman saya pada minggu pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya berharap anda semua tidak bosan atau jemu membaca coretan blog saya ini😁. Jadi pada bulan Oktober 2022 merupakan bulan di mana hampir kesemua universiti di Malaysia menerima mahasiswa-mahasiswa baharu di bawah Program Ijazah Sarjana Muda termasuklah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).  Pada peringkat pertama, UKM telah menerima sebanyak 3000 lebih mahasiswa baharu dari pelbagai latar belakang pendidikan. Sudah menjadi adat, lumrah dan tradisi sesuatu tempat pengajian untuk mengadakan sesi orientasi apabila menerima pelajar-pelajar baharu sama ada di sekolah rendah, menengah, matrikulasi dan juga di universiti😍. Sesi orientasi umumnya diadakan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar baharu mengenai tempat atau lokasi yang terd...

AHLAN WA SAHLAN!! Saya "Fatinnad"! (A195568 FATIN NADIA)

Image
 Assalamualaikum dan hi semua! Nama saya Fatin Nadia Binti Abdul Ghani dan mesra dipanggil sebagai fatinnad atau tinnad✌. Saya merupakan anak kelahiran negeri yang digelar sebagai jelapang padi iaitu negeri Kedah Darul Aman. Dilahirkan pada bulan Julai tahun 2003 dan kini saya berusia hampir 20 tahun.Saya merupakan anak yang keempat daripada lima orang adik beradik. Lahir sebagai satu-satunya anak perempuan dalam kalangan adik-beradik saya bukanlah sesuatu yang saya impikan atau harapkan. Seronok? Mungkin ya dan mungkin tidakπŸ˜†.  Kalau nak cerita tentang personaliti saya pula, boleh dikatakan saya ni seorang yang "introvert" kategori maksimum. Saya memang dari kecil tidak suka bergaul dengan orang ramai dan lebih selesa menghabiskan waktu bersendirian atau bersama keluarga. Perwatakan saya pula sejenis yang agak kasar. Seawal umur 4 tahun lagi saya sudah menceburkan diri dalam bidang seni mempertahankan diri iaitu taekwondo. Jadi saya boleh katakan yang saya ini memang agak k...

Tempat Kesukaan Saya di UKM!! (A193108 SAW YU HENG)

Image
  Stadium UKM Stadium UKM, juga dikenali sebagai Pusat Sukan UKM, merupakan sebuah stadium sukan yang dapat memuatkan 500 orang penonton pada suatu masa. Stadium UKM mempunyai kemudahan seperti trek larian olaraga sepanjang 400 meter satu pusingan serta satu padang yang dapat digunakan untuk acara lontar peluru, lompat tinggi, lontar cakera, lompat bergalah, rejam lembing, bola sepak, serta bola rugbi. πŸŽ‰πŸŽ‰ Stadium ini akan digunakan untuk sukan rutin pelajar serta peristiwa sukan penting universiti seperti Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM), acara sukan Minggu Apresiasi Watan (MAW), serta Sukan Univerisiti Asean. πŸ™ŒπŸ™Œ Sejarah Stadium UKM juga mempunyai cerita yang menarik. Pada 1 November 1974, seorang Pegawai Sukan Kementerian Pendidikan yang ditempatkan di Jabatan Hal-Ehwal Pelajar UKM menjadi Pegawai Sukan bagi UKM mula dan bertanggungjawab terhadap aktiviti sukan pelajar dan kakitangan UKM. Dari situ, mulalah sejarah sukan UKM. Pada tahun 1976, Unit Sukan mempunyai s...

Hi Semua, Saya Saw Yu Heng!! (A193108 SAW YU HENG)

Image
  Inilah Saya! Hi semua, Saya ialah Saw Yu Heng dari Negeri Pulau Pinang sebelah "Mainland". πŸ™ŒRakan-rakan sekalian boleh memanggil saya Yu Heng atau Saw, sementara saya memikirkan satu nama Inggerish yang sesuai dengan saya. Ataupun rakan-rakan sekalian ada cadangan nama Inggerish yang baik juga boleh cadangkan kepada sayaπŸ˜‚. Kenalkan seseorang perlulah bermula daripada maklumat asas seseorang itu. Saya Yu Heng, seorang lelaki pendiam Pulau Pinang yang sedang cuba untuk menjadi seorang yang ambivert. Umur saya ialah 21 tahun. Sepanjang 21 tahun ini, saya tinggal dengan ahli keluarga yang beranggota [4] orang. Saya membesar di sebuah kampung Cina yang unggul dan damai, saya main di sana, kenalkan kawan di sana, dan belajar di sana sehingga umur 14 tahun, saya baru pindah ke kawasan yang lain. Latar belakang pelajaran🏫 saya ialah sekolah rendah di SJK(C) Kampung Valdor, sekolah menengah di SMK Valdor, serta STPM di SMK Simpang Ampat. Kini, saya banggaπŸ’« menjadi seorang mahasi...

Tempat Kegemaran Saya di UKM! ( A193881 YEOH YA TING)

Image
  Assalamualaikum kepada semua!πŸ™ŒπŸ™Œ Saya Ya Ting  ingin berkongsi dengan tempat yang paling saya sukai di Universiti Kebangsaan Malaysia, iaitu Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL).  Pada 18 Mei 1970, PTSL telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan UKM di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Pada tahun 1977, perpustakaan telah berpindah ke kampus tetap yang terletak di Bangi dan menggunakan Aras 5 Bangunan Canselori, UKM sebelumm berpindah ke bangunan tetap perpustakaan. Bangunan PTSL sekarang mula digunakan pada tahun 1978. PTSL mempunyai enam tingkat dan ia merupakan perpustakaan yang terbesar di Asia Tenggara. Setiap tingkat mempunyai fungsi sendiri seperti berikut: 1) Tingkat 1 adalah stor. 2) Tingkat 2 adalah untuk meletakkan bahan-bahan seperi CD, DVD dan surat khabar lama yang  disimpan sekian tahun. 3) Tingkat 3 akan menyimpan arkib dan jurnal-jurnal daripada semua bidang. 4) Tingkat 4 adalah pintu masuk keluar yang utama. Tingkat ini mempunyai koleksi tamadun islam d...

Perjalanan seminggu ke UKM :minggu orientasi UKM (A193881 YEOH YA TING)

Image
  Assalamualaikum kepada semua!πŸ™ŒπŸ™Œ Saya Ya Ting dan hari ini saya ingin mengongsikan pengalaman saya di Universiti Kebangsaan Malaysia pada minggu pertama. Minggu pertama di UKM merupakan minggu orientasi. Saya rasa anda semua mesti tidak sabar untuk mengetahui apa yang akan berlaku sepanjang minggu pertama di UKM.  Sebelum saya memulakan topik ini, saya akan menerangkan sedikit tentang tujuan minggu orientasi di universiti. Sebelum pelajar mengikuti pengajian di universiti, pelajar baru boleh dikatakan "wajib" untuk mengikuti minggu orientasi yang diadakan oleh universiti yang dimasuki.  Tujuan utama bagi program ini adalah sebagai satu sesi perkenalan tentang universiti tersebut dan dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru yang pelbagai kaum dan agama. Minggu orientasi UKM dinamakan sebagai Minggu Apresiasi Watan (MAW) yang dijalankan dari 8 Oktober 2022 hingga 12 Oktober 2022 yang selama 5 hari. Minggu orientasi ini dianjurkan khas untuk pelajar baru sesi akade...

Selamat Datang ke Planet Ya Ting ! (A193881 YEOH YA TING)

Image
Assalamualaikum kepada semua!πŸ™ŒπŸ™Œ Nama saya Yeoh Ya Ting dan boleh pangil saya TingπŸ‘Œ. Saya berumur 21 tahun dan berasal dari sebuah negeri yang unik dan kaya dengan kepelbagaian kaum dan budaya, iaitu Pulau Pinang. Saya boleh dikatakan seorang yang paling pendek antara kawan saya. Tetapi, tiada siapa yang “sempurna”.😎😎😎 Bagi saya, pendek bukanlah sesuatu yang buruk kerana ia membuatkan saya kelihatan lebih muda.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Kini, saya merupakan pelajar tahun 1 semester 2 di University Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terletak di Bangi, Selangor. Saya telah mengambil program pengajian Sarjana Muda Ekonomi dengan Pengajian yang mengambil masa selama 3 tahun. Sebelum itu, saya telah menamatkan STPM di Methodist Boys’ School. Pada pendapat saya, STPM bukanlah sesuatu yang senang kerana saya merupakan seorang pelajar aliran sains semasa peringkat pertengahan di SMJK Phor Tay dan akhirnya tukar kepada aliran perniagaan semasa tingkatan enam. STPM merupakan satu peluang kepada saya untuk menyesua...

Tempat yang paling saya sukai di UKM! daripada Jia En~ (A194442 TAN JIA EN)

Image
Salam sejahtera rakan-rakan sekalian! saya Jia En ingin berkongsi tempat yang paling saya sukai di UKM iaitu mestinya Kolej Dato' Onn (KDO), Pertama dalam semua !!! πŸŽ‰πŸŽ‰πŸ’– Sebab utama adalah ia merupakan kolej kediaman saya dan ia adalah kedua berdekatan dengan fakulti saya iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), hanya berjarak 1.1km. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† KDO merupakan kolej kediaman pertama dalam UKM. 😎😎😎 Kolej Pertama telah ditukarkan namanya  kepada Kompleks Siswa A pada 25 November 1977. Kemasyhuran dan ketokohan Dato’ Onn telah menyebabkan namanya diabadikan dalam lipatan sejarah untuk terus dikenang. Justeru itu tanggal 30 Januari 1986 bersamaan 20 Jamadil Awwal 1406 Hijrah kedudukan kolej ini diperkukuhkan dengan perasmian oleh YAB Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3.  Kedudukan KDO sangat strategik kerana ia berdekatan dengan padang sukan, masjid, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), dan juga pusat pentadbiran. Ini telah menjadikan KDO sering kali menjadi pilih...

Minggu Pertama di UKM! daripada Jia En~ (A194442 TAN JIA EN)

Salam sejahtera rakan-rakan sekalian! saya Jia En ingin berkongsi pengalaman saya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang disayangi bagi minggu pertama ! πŸ₯³πŸ’–✨ Minggu Pertama di UKM merupakan minggu orientasi yang dinamakan Minggu Apresiasi Watan (MAW) bagi pelajar baharu sesi akademik 2022/2023. MAW ini telah berlangsung sebanyak 5 hari iaitu dari 8 Oktober 2022 sehingga 12 Oktober 2022. Pada hari pertama : 8 Oktober 2022 Semua pelajar baharu akan mendaftar diri di kolej kediaman masing-masing mengikut slot masa yang ditetapkan. Saya berasal dari Selangor, maka saya telah ditetapkan untuk mendaftar diri di Kolej Dato' Onn (KDO) pada slot masa 2.30pm sehingga 5pm. Saya telah mendaftar diri pada pukul 2pm dan di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya kerana dia membantu saya untuk mengangkat beg & barang-barang ke bilik saya yang bertingkat tiga . πŸ₯ΊπŸ₯ΊπŸ’– Selepas saya mengemaskan semua barang saya, semua pelajar diminta untuk turun ke kafe KDO dan kami di...

Salam sejahtera rakan-rakan sekalian! daripada Jia En~ (A194442 TAN JIA EN)

Image
Saya Tan Jia En, seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). πŸ‘©πŸ»‍πŸŽ“πŸŒΈπŸ’– Saya berumur 21 tahun pada tahun 2023 dan berasal dari Puchong, Selangor. Sekarang saya ialah pelajar tahun 1 semester 2 yang mengambil program pengajian Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian. Sebelum masuk ke UKM, saya telah menamatkan pengajian peringkat rendah di SJK(C) Han Ming, peringkat pertengahan di SMK Puchong Utama (1) dan peringkat pra-universiti iaitu STPM di Kolej Tingkatan Enam Puchong (KTEP). 😍😍😍 Saya suka menyanyi tetapi ini tidak boleh menjadi sumber pendapatan yang stabil maka saya tidak dapat mengejar cita-cita masa kecil saya iaitu menjadi seorang penyanyi. 😭😭😭 Akan tetapi, saya suka membuat aktiviti yang berkaitan dengan pengiraan maka saya telah mengambil Prinsip Perakaunan, Pengajian Perniagaan dan Ekonomi sepanjang sesi persekolahan saya. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Subjek yang paling saya sukai ialah Matematik Tambahan kerana saya berasa subjek ini sangat mencabar dan kebanyakan orang takut ...